Elon Musk pernah tersangkut di dalam sesakan lalu lintas lalu terlintas untuk menghasilkan sebuah syarikat bernama The Boring Company. 15 bulan berlalu dan syarikat ini telah menjadi antara syarikat paling inovasi dunia dalam infrstruktur terowong.

Terbaru, Elon Musk selaku pengasas The Boring Company telah mengumumkan idea untuk menjual batu terowong yang hadir dalam bentuk ‘LEGO’. Dikatakan penggunaan material seperti batu terowong membolehkan para pengguna membina sebuah bangunan dan arca. Lebih menarik, material yang digunakan mampu menampung beban yang tinggi serta tahan lasak. 

Sebelum ini Elon Musk pernah menjual sebuah topi yang kelihatan sangat basic dengan harga $20 (RM77.98) dan dikatakan jumlah jualan yang diterima syarikat ini berjaya mencecah $5 billion (RM19.52).

Sekiranya Elon Musk berjaya mengumumkan sesuatu yang lebih cool daripada sebuah topi, kami sangat yakin LEGO ini bakal menjadi rebutan.

the-boring-company-hat

Produk pertama daripada The Boring Company

Melihat kepada tarikh pengumuman, kemungkinan idea yang dicadangkan dilihat sebagai persediaan untuk jenaka april fool yang bakal diumumkan pada 1 April nanti. Memandangkan idea ini dicadangkan oleh Elon Musk, segalanya dilihat sangat realistik untuk dihasilkan.

Setakat ini Elon Musk belum mengumumkan rupa produk yang dicadangkan. Dalam pada itu, berdasarkan respon positif daripada para netizen kemungkinan besar idea ini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group