Lumi News Malaysia, aplikasi berita terkini Malaysia yang memaparkan berita yang dilaporkan oleh lebih 30 media berkualiti seperti New Straits Times, Free Malaysia Today, Berita Harian, Harian Metro, SAYS, The Vocket, The Malaysian Reserve, Bernama, IGN Southeast Asia, Mashable Southeast Asia, dan banyak lagi.

Direka bentuk dengan matlamat untuk membawa pembaca kepada berita yang lebih lancar dan pantas dan sikap kebergantungan kepada media sosial, Lumi News Malaysia yang kini boleh dimuat naik di Play Store dan Apple App Store akan menghubungkan anda secara langsung kepada lebih 45 sumber berita yang dipercayai.

Tambahan daripada itu, pengguna bakal mendapat akses penuh berita dalam pelbagai jenis bahasa, topik dan pengguna juga bakal menerima notifikasi apabila sesuatu topik yang pengguna ikuti di muat naik.

Artikel hangat dari The Vocket di Lumi News

Bagi anda yang mahu membaca The Vocket, tetapi mahukan kelainan. Anda kini boleh akses terus ke aplikasi Lumi News yang menawarkan pelbagai jenis berita daripada pelbagai laman.

Bukan isu kenaikan harga sahaja yang menjadi topik hangat rakyat Malaysia, ada juga yang meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap kesesakan jalan raya yang berlaku di Kuala Lumpur sekarang.

Api kemarahan itu membara apabila terdapat sesetengah pihak yang mendapat layanan ‘istimewa’ di jalan raya dan diiringi anggota trafik.

Video yang tular tersebut sekaligus membuatkan orang ramai mempersoalkan ‘kuasa’ anak ahli parlimen sehingga mampu menerima diiringi anggota trafik.

Selain itu, terdapat juga isu viral di mana sebuah Proton X50 dipandu secara melulu dengan memotong barisan dari lorong kiri terus ke lorong kanan tanpa memberikan lampu isyarat.

Semasa Proton X50 berada di lorong kanan, di hadapan kenderaan yang merakam aksi SUV terbabit, pemandu itu cuba melepasi kesesakan trafik dengan memecut di ruangan sempit antara Nissan Serena dan Perodua Ativa.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemandunya apabila SUV itu terbalik terpelanting ke lorong kiri selepas melanggar bahagian belakang Perodua Ativa yang berada di hadapannya.

TikTok merupakan salah satu aplikasi yang meningkat populariti dalam 2 tahun ini. Ia merupakan laman media sosial paling popular, dan ramai rakyat Malaysia gemar mengikuti budaya baharu dalam aplikasi tersebut, tak kira tua atau muda.

Namun, dalam keseronokkan kita, janganlah kita lalai. Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang beri respon trend TikTok jadikan kipas sebagai makmum.

Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan bahawa pelaku itu jahil dari segi agama dan sengaja untuk mempersendakan Islam.

Tidak hanya itu, ia boleh merosakkan akidah seseorang dan perkara tersebut dianggap sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam serta hukumnya adalah dosa besar.

Kalau kita nak bercakap pasal selebriti, siapa sahaja yang tidak tahu tentang Kes Johnny Depp dan Amber Heard. Orang terkenal seperti Elon Musk pun mempunyai pendapat beliau tentang pasangan tersebut.

Walaupun kes ini sudah dimenangi oleh Depp, namun beberapa hari lalu Elon Musk ada mengeluarkan kenyataan setelah lama berdiam diri.

Kata Musk, beliau berharap agar kedua-dua selebriti ini dapat meneruskan hidup mereka masing-masing kerana kedua-duanya orang yang hebat.

Kenyataan Musk ini dilihat seolah mahu mendamaikan kedua-dua belah pihak.

Lumi News – capaian pantas laporan berita

Dengan kepelbagaian yang diketengahkan oleh Lumi News, anda akan mendapat akses penuh berita dalam pelbagai jenis bahasa, topik dan anda juga bakal menerima notifikasi apabila sesuatu topik yang anda ikuti di muat naik.

Direka dengan matlamat untuk membawa pembaca kepada berita yang lebih lancar selain daripada bergantung kepada media sosial, Lumi News Malaysia yang kini boleh dimuat naik di Play Store dan Apple App Store akan menghubungkan anda secara langsung kepada pelbagai jenis sumber berita yang dipercayai.

Anda bukan sahaja didedahkan dengan informasi mengenai pelancongan, tetapi lebih luas lagi. Perniagaan, politik, ekonomi, seni dan budaya serta banyak lagi topik-topik lain.

Buat anda yang juga pembaca setia The Vocket, muat turun sekarang aplikasi ini di Apple Store dan Play Store untuk mendapat laporan terkini yang dimuat naik oleh The Vocket.