Meskipun misi menyelamat kanak-kanak di Gua Tham Luang, Thailand telahpun tamat, pertikaian diantara Elon Musk selaku individu yang mahu membantu misi ini bersama para penyelamat masih belum berakhir.

Semuanya bermula apabila salah seorang daripada penyelamat Gua Tham Luang mengatakan apa yang dilakukan Elon Musk hanyalah untuk mencari publisiti semata-mata. Penyelamat tersebut turut mengatakan kapal selam mini yang dibuat pasukan Elon Musk tidak begitu efisien dalam membantu para mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengetahui apa yang diperkatakan Unsworth selaku penyelamat yang mengkritik Elon, CEO kepada Tesla dan Space X turut mengeluarkan jawapan balas beliau sebelum dipadamkan di laman Tweeter beliau.

elon-musk-pedo-02

Walaubagaimanapun, Elon Musk baru-baru ini telah memohon maaf terhadap tweet yang dimuat naik beliau serta memohon maaf kepada penyelamat yang beliau gelarkan sebagai pedofil.

Gaya yang ditunjukkan Elon Musk turut menarik perhatian netizen yang sekaligus melihat dan mengulas sisi gelap Elon Musk secara tidak langsung.