Sejak akhir-akhir ini, kita sedia melihat hampir kesemua syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk menghadapi kegoyahan. Bukan sahaja pendapatan tahunan yang merudum, malah harga saham juga turut menurun dengan drastik sehingga menyebabkan pelabur cabut lari.

Jika sebelum ini bilionair Elon Musk dinobatkan sebagai manusia terkaya di dunia, kini beliau pula memecah rekod baharu apabila menjadi manusia pertama di dalam sejarah kerugian sebanyak $200 bilion (~RM880 bilion) daripada nilai kekayaan asalnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

elon musk
Sumber Gambar: CNN

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg,  Musk yang mencatat nilai kekayaan tertinggi  $340 bilion (~RM1.5 trilion) pada November 2021, sekaligus menyaksikan penyusutan harta kepada $137 bilion (~RM603 bilion) apabila saham syarikat miliknya, Tesla menjunam 65% sejak setahun lalu.

Menurut laporan, 2022 menjadi tahun terburuk bagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik tersebut. Penurunan itu termasuk kemerosotan 11% lagi pada Selasa lalu selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa lonjakan kes COVID-19 memaksa Tesla menghentikan sementara pengeluaran di Shanghai.

Dalam satu memo yang dihantar kepada pekerja Rabu minggu lalu, Musk berterima kasih kepada kakitangan Tesla atas kerja keras mereka sepanjang tahun dan dalam masa sama  mengakui prestasi saham syarikat yang suram.

Sumber Gambar: CNBC

Musk kini kehilangan takhta sebagai manusia terkaya di dunia awal bulan lalu dan kemudiannya dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault. Pengerusi LVMH pada ketika ini mempunyai kekayaan bernilai $179.2 bilion (~RM778.6 bilion) sekaligus berada di atas Jeff Bezos menerusi senarai manusia terkaya di dunia.

Berdasarkan indeks kekayaan Bloomberg, Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak $44 bilion (~RM193 bilion). Beliau juga melaksanakan beberapa langkah besar dalam menggurangkan kos operasi syarikat tersebut.