Bayangkan anda adalah Elon Musk. Dalam erti kata lain, anda seorang technopreneur hebat yang kini merupakan CEO di tiga buah syarikat serta memegang beberapa jawatan lain di syarikat yang berlainan. Pasti banyak yang boleh disertakan dalam resume bagi menerangkan mengenai diri namun tidak bagi Elon Musk.

Berpegang kepada konsep less is more, Novoresume berjaya menggunakan contoh Elon Musk sebagai individu berpengaruh bagi menghasilkan resume lengkap dalam satu muka surat. Berikut merupakan resume Elon Musk yang boleh anda jadikan sebagai panduan.

resume elon musk

Resume ini turut memperlihatkan gaya penilaian berkonsepkan bar dalam memaparkan skil yang beliau kuasai. Anda juga boleh mencuba teknik yang sama namun pastikan ianya releven dan bersesuaian dengan kebolehan anda.

Mungkin terdapat pelbagai lagi cara lain yang boleh anda jadikan contoh bagi menghasilkan resume yang terbaik. Buat Novoresume, syarikat ini berjaya buktikan berdasarkan penggunaan ruang yang penuh, seseorang cuma memerlukan hanya satu muka surat untuk menerangkan mengenai diri mereka.

Baca lagi: Mak Dan Anak Tiada Resume, Ini Kisah “Deep” Buat Aku Dan Semua

Sumber