Kata orang, Pages Facebook merupakan aset pemasaran untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna. Apatah lagi sekiranya anda mempunyai Facebook Pages yang mempunyai bilangan likers yang ramai.

Namun tidak bagi Elon Musk. Berikutan insiden ‘Cambridge Analytica’, Elon Musk telah menyahut cabaran seorang pengguna di Twitter untuk menyertai kempen #DeleteFacebook.

Keputusan yang dibuat itu membuatkan Tesla dan Space X yang kedua-duanya merupakan syarikat kendalian Elon Musk kini tiada akaun Facebook Pages yang rasmi. Berdasarkan rekod, kedua-dua Facebook Pages ini sudah mempunyai 5 juta bilangan likers sebelum dipadamkan.

Melihat kepada keputusan yang dibuat individu berpengaruh seperti Elon Musk, kemungkinan saham Facebook akan terus jatuh selepas kerugian lebih RM235 bilion pada minggu lepas.

3018710552_f8cebf1dab_b

Segalanya menjadi lebih parah selepas tersebarnya perbualan CEO Cambridge Analytica, Alexander Nix yang menjadi dalang kepada kemenangan Donald Trump di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tahniah Elon Musk! Anda berjaya menunjukkan pendirian anda sebagai CEO yang berpendirian.