Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mungkin agak ironi untuk memilih seseorang yang tidak bersetuju dengan pendekatan seorang pemimpin, namun itulah yang dilakukan Donald Trump.

Berikutan kejayaan Donald Trump dipilih sebagai President terbaru Amerika Syarikat, ramai dikalangan artis dan ahli korporat melibatkan CEO bertaraf dunia kurang berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

Antara yang menarik perhatian ramai adalah komen CEO Tesla iaitu Elon Musk yang melabelkan Donald Trump sebagai ‘not the right man for the job’.

Selain Elon, CEO Uber iaitu Travis Kalanick juga sempat bergurau mengenai pendapat beliau sebelum pilihanraya dijalankan. Travis mengatakan beliau sanggup berpindah ke China jika Trump dipilih sebagai President.

Percaya atau tidak, kedua-dua mereka dipilih sebagai ‘President’s Strategic and Policy Forum’  dibawah kepimpinan Trump. Selain itu, mereka akan turut bersama dengan CEO Pepsi,Indra Nooyi bagi membantu Trump untuk menjayakan misi ‘make america great again‘.

Kami tidak pasti sama ada pemimpin di negara lain juga pernah melakukan perkara yang sama. Mungkin inilah sebabnya terdapat beberapa individu yang melabelkan Donald Trump sebagai ‘gila’.

Baca lagi: 8 Sebab Kenapa Rakyat US Tergamak Pilih Trump Sebagai Presiden

Anda Mungkin Suka