Semua orang pasti mempunyai idola mereka yang tersendiri dan Elon Musk juga tidak terlepas mempunyai ‘idolanya’. Dalam satu wawancara beliau di South by Southwest (SXSW) apabila ditanya siapa yang beri inspirasi kepada beliau, beliau tidak berfikir panjang dan terus menjawab Kanye West.

Walaupun jawapan beliau itu disambut dengan gelak tawa, tetapi Musk tetap dengan wajah yang serious. Jadi ianya bukan satu jenaka apabila beliau menyebut nama Kanye West.

Ini bukanlah pertama kali beliau memuji Kanye. Dalam majalah Time pada tahun 2015, Musk memuji Kanye sebagai seorang artis yang penuh dedikasi dan berusaha keras untuk jadi siapa beliau ketika ini.

Mungkinkah akan ada satu kolaborasi antara Elon Musk dan Kanye West di masa hadapan? Kami nampak Boring Company pasti sudah fikirkan sesuatu khas untuk Kanye West ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group