Pengasas jenama Tesla, Elon Musk kini adalah manusia paling kaya di dunia, dengan nilai kekayaan beliau kini dianggarkan sekitar USD195 bilion (RM789.26 bilion).

Secara tidak langsung, beliau telah memintas kekayaan Jeff Bezos, pengasas Amazon yang menjadi manusia paling kaya 3 tahun berturut-turut yang ketika ini mempunyai nilai kekayaan USD185 (RM748.79 bilion).

Kekayaan Elon meningkat selepas nilai saham syarikat Tesla meningkat Khamis lalu. Syarikat Tesla juga buat pertama kali telah dinilaikan pada harga USD700 bilion, menjadikan Tesla lebih bernilai daripada syarikat kereta yang lain seperti Toyota, Hyundai, Ford dan Volkswagen digabungkan.

Elon juga memberi respon yang bersahaja apabila di Twitter apabila menerima pengumuman tersebut. “Agak pelik. Masa untuk kembali bekerja,” tulis Elon.

Peningkatan nilai kekayaan Elon ini juga adalah mendadak kerana awal tahun 2020, kekayaan beliau adalah sekitar USD27 bilion ‘sahaja’, dan beliau tidak tersenarai 50 orang terkaya di dunia pun.

Ini bermakna, peningkatan harga saham Tesla naik mendadak dan menambah kekayaan Elon sekitar USD170 bilion dalam masa setahun sahaja.

Tesla juga telah melancarkan model terkini Model Y yang dikatakan sangat berbaloi dengan harga jualannya.

Sebelum ini, Jeff Bezos merupakan individu paling kaya di dunia kerana pandemik COVID-19 mendorong pengguna untuk membuat lebih banyak pembelian dalam talian. Baca lagi pada pautan di bawah.

Yang Kaya Makin Kaya, Jeff Bezos Sah Jadi Orang Paling Kaya Di Dunia Dengan Nilai RM850 Bilion

Sejak COVID-19 Melanda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

Sumber