Elon Musk dan teman wanitanya yang merupakan seorang pemuzik, Grimes (nama sebenar Claire Elise Boucher) telah dikurniakan cahaya mata. Namun paling mencuri perhatian ramai adalah nama unik yang diberikan kepada anaknya, ‘X Æ A-12’.

Musk dan Grimes turut tidak memberikan jantina kepada anaknya (walaupun dilahirkan lelaki) kerana mereka mahu anak mereka membesar secara independent dan memilih jantinanya sendiri. “Saya tidak mahu jantina menjadi isu kepada anak saya di masa akan datang. Biar anak saya nanti yang tentukan,” tulis Grimes di laman Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

X Æ A-12 merupakan anak pertama pasangan ini. Musk sudah pun mempunyai 5 orang anak daripada perkahwinan sebelum ini. Musk juga turut berkongsikan gambar pertama anaknya semalam. Pada mulanya beliau memuat naik gambar anaknya versi kelakar. Kemudiannya barulah beliau memuat naik gambar beliau sedang mendukung anaknya.

Setelah mendapat pelbagai pertanyaan daripada peminat, Grimes telah menerangkan maksud di sebalik nama anak mereka. Ia sangat berkait rapat dengan sains dan juga filem sci-fi termasuklah juga melambangkan salah satu lagu kesukaan Grimes, Archangel.

Tidak pasti sama ada pasangan ini serius untuk menamakan anak mereka X Æ A-12 atau sekadar ‘gurauan kasar’ terhadap peminat. Tetapi Musk berkata beliau akan memanggil anaknya dengan nama Geoff. Jika benar nama X Æ A-12 yang dipilih sebagai nama rasmi, bagaimana untuk menyebutnya nanti?

Elon Musk baru-baru ini turut dilanda kontroversi kerana mahukan ‘lockdown’ di Amerika Syarikat ditamatkan segera. Baca lagi pada pautan di bawah.

Elon Musk Cipta Kontroversi Lagi, Kali Ini Mahukan ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion

Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla

Sumber