Rumah yang dikawal sepenuhnya dengan teknologi milik Elon Musk di Los Angeles kini diumumkan untuk dijual dengan harga $4,500,000 (±RM13,353,000). Rumah yang terletak di Brentwood, California itu mula menjadi miliknya dan bekas isteri, Talulah Riley pada tahun 2014 dengan harga $3,690,00.

Rumah berkeluasan 3,000 kaki persegi dengan itu memiliki 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Rumah berbentuk segi 3 itu merupakan salah satu rumah kecil milik Elon Musk di California.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
elon’s

sumber: Business Insider

Rumah unik tersebut dilengkapi dengan pemandangan indah menghadap laut, bandar dan canyon yang semestinya menjanjikan ketenangan buat pemiliknya. Rumah ini dilengkapi dengan sistem teknologi tinggi di dapur yang dilengkapi dengan peralatan Wolf and Sub-Zero.

Dua bilik master pula dilengkapi dengan walk in wardrobe yang luas dan pemandangan yang cantik dengan tema warna putih di keseluruhan ruangan.

elon’s2

Sumber: Realtor.com

elon musk cali

sumber: realtor.com

elon’s3

sumber: relator.com

Rumah ini telah disenaraikan untuk dijual di laman web jual beli hartanah Hilton & Hayland.

Anda Mungkin Suka