Di saat Amerika Syarikat dan China sedang mengalami perang dagang melibatkan beberapa jenama besar diboikot, Elon Musk memilih haluan yang berbeza dengan meneruskan projek kilang Tesla di China dan merasmikannya baru-baru ini.

Pembukaan kilang ini tidak lain dan tidak bukan lagi bagi menawarkan model kereta keluaran Tesla buat penduduk di China yang mempunyai jumlah potensi pembeli yang ramai.

ON-DK150_MuskTe_M_20200107071312
Sumber: Barron’s

Sempena pelancaran kilang ini, turut menyaksikan Elon Musk mengedarkan Tesla Model 3 kepada pembeli terawal di China sekaligus menandakan bermulanya era Tesla di negara tersebut. Beberapa pelan mengenai pembangunan model keluaran Tesla antara yang diumumkan.

Walau bagaimanapun, mengetahui Elon Musk yang sentiasa tampil dengan gimik seperti yang dilakukan pada Tesla Cybertruck, beliau pada kali ini telah memilih untuk menari dengan gaya tersendiri.

Meskipun bukanlah tarian yang hebat, Elon Musk sekali lagi berjaya membuatkan orang ramai seluruh dunia berbincang mengenainya berdasarkan tindakan yang dibuat.

Dilaporkan sebanyak 1,000 model Tesla bakal dipasang di China dan syarikat ini optimis untuk gandakan pengeluaran mereka menjelang tahun hadapan.

Lebih menarik, kehadiran Tesla di China ini memperoleh langkah kanan apabila China menawarkan rebat cukai penjualan sebanyak 10% sekaligus membuatkan Tesla Model 3 ditawarkan dengan harga yang lebih rendah iaitu 299,050 yuan (RM176,737) sebuah.

Cabaran baru buat Tesla

Di sebalik pembukaan kilang di China yang mempunyai jumlah potensi pembeli yang ramai, keadaan Tesla nampaknya masih belum selesa dengan kehadiran sejumlah besar kereta elektrik dari pelbagai jenama.

Bukan itu sahaja, sejak sebelum kilang Tesla dibuka di China lagi negara ini sudah mempunyai beberapa jenama dari China yang tampil sebagai model ‘klon’ kepada kereta keluaran Tesla. Berikut merupakan antara model-model yang ‘diinspirasikan’ daripada Tesla.

youxia-ranger-x-front

1076216__AAA8209

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pembukaan kilang di China ini bakal membuatkan jenama ini berkembang lebih pesat.

Gimik yang dibuat Elon Musk ini sekaligus menandakan beliau bakal membuat sesuatu yang tidak dijangka ramai setiap kali pelancaran sekaligus membuatkan orang ramai menantikannya. Sebuah lagi gaya pemasaran yang unik dari Elon Musk.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Elon Musk tampil dengan gimik yang unik. Kami kongsikan kepada beberapa tindakan Elon Musk yang telah beliau lakukan sebelum ini yang berjaya menarik perhatian orang ramai.

Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran

Dengarkan Single Rap Terbaru Elon Musk ‘RIP Harambe’

Elon Musk Mohon Maaf Selepas Menggelar ‘Pedofil’ Kepada Penyelamat Gua Tham Luang

 

Sumber