Tatkala anda merungut dengan keadaan trafik yang dahsyat semasa pergi dan balik kerja, ada seorang lelaki yang cuba mengatasi masalah ini kerana dia juga seperti anda:

Gambar: Twitter @elonmusk

Kurang 6 bulan selepas itu, Elon Musk, pengasas Tesla dan SpaceX memuatnaik satu lagi status Twitter. Kali ini ia gambar sebuah pengorek terowong bawah tanah yang mempunyai tulisan ‘The Boring Company’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar: Twitter @elonmusk

Pasti ada yang berkata: “Dia ada duit, semua boleh jadi.” Namun begitu, berapa ramaikah orang yang mempunyai banyak wang cuba merealitikan idea yang dikatakan impossible?

Itulah Elon Musk, seorang visionary yang telah membina kereta elektrik dan melancarkan roket di angkasa lepas mahu membuat satu idea gila iaitu jaringan lebuhraya di bawah tanah dengan kelajuan mencecah 200 km/j.

Gambar: The Boring Company

Ia akan direalitikan melalui sebuah syarikat baru bernama The Boring Company yang hanya menggunakan mesin pengorek terowong terpakai dan staf syarikat terdiri daripada interns dan pekerja separuh masa sahaja. Manakala, Musk hanya akan meluangkan 2%-3% masanya untuk projek ini.

Sebuah video konsep turut dimuatnaik di laman sesawang rasmi syarikat bagi menjelaskan lagi apakah itu ‘lorong’ impian Musk.

https://www.youtube.com/watch?v=u5V_VzRrSBI

Pastinya kos untuk merealisasikan ini begitu tinggi dan ia mengambil masa yang lama. Buat pengetahuan anda, lorong keretapi bawah tanah yang paling panjang di dunia baru siap setelah 17 tahun mengusahakannya. Anda boleh cuba ia di Switzerland.

Kenapa Musk mahu lakukan projek sebegini? Bukan kerana bisnes semata-mata, ini jawapan Musk sewaktu dia di TED Talks baru-baru ini:

Gambar: Twitter @tedtalks

Bagaimana dengan anda pula? Tidak usah letak modal sebagai penghalang buat permulaan ini. Bayangkan apakah yang anda mahu lakukan agar masa depan lebih mudah dan menggembirakan anda.