Elon Musk mengotakan janjinya untuk menyertai misi menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di gua Tham Luang apabila beliau memuat naik gambar terkini beliau dan pasukannya di lokasi kejadian semalam.

Beliau dan pasukannya menawarkan bantuan dengan ciptaan kapal selam mini yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Beliau semalam turut memuat naik video dalam gua ke-3 di laman Instagram dan mendapat lebih sejuta tontonan daripada pengikutnya.

Just got back from Cave 3

A post shared by Elon Musk (@elonmusk) on

Sebelum misi menyelamat bermula, Musk sudah pun dalam proses membina ‘escape pod’ diperbuat daripada tube oksigen untuk roket SpaceX Falcon yang juga boleh digunakan sebagai kapal selam. Tiub berkenaan cukup ringan untuk dibawa oleh dua orang penyelam dan cukup kecil untuk melalui ruang yang kecil.

Walaupun pod berkenaan sudah sampai ke Thailand, ianya mungkin tidak digunakan untuk misi ini. Musk turut menambah jika ianya tidak digunakan untuk misi ini, mungkin di situasi menyelamat di akan datang.

Pod berkenaan yang dinamakan ‘Wild Boar’ berdasarkan nama kumpulan bola sepak ini akan ditinggalkan oleh Musk untuk digunakan oleh penyelamat di Thailand di masa akan datang. Hebat, Elon Musk.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group