Sebelum ini The Boring Company, selaku syarikut dibawah kendalian Elon Musk yang mengerjakan kerja bawah tanah telah mengeluarkan sebuah topi. Dengan corak simple bertulis ‘The Boring Company’ topi ini laris dijual melebihi 30,000 unit.

Berikutan sambutan yang hangat, Elon Musk pada disember lalu telah mengatakan syarikat mereka bakal menawarkan flamethrower kepada pengguna. Sebulan berlalu, segalanya menjadi kenyataan apabila pengguna berpeluang mendapatkan flamethrower keluaran Boring Company secara atas talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang khuatir dengan keselamatan flamethrower yang dikeluarkan The Boring Company sepertimana YouTuber MKBHD, Elon Musk ternyata sudah mempunyai jawapan untuk permasalahan ini.

Screen Shot 2018-01-28 at 3.46.17 PM

Sebelum itu, jom kita tonton terlebih dahulu ‘Tony Stark’ dunia sebenar membuat demonstrasi penggunaan flamethrower daripada Boring Company dengan cara yang paling epik.

https://www.instagram.com/p/BeeYW0NA1HU/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_ufi_test

https://www.instagram.com/p/BeeUSFwgLrM/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_ufi_test

Flamethrower ini akan dijual pada harga $600 (~RM2330) dan jika ianya sudah ada di laman rasmi Boring Company, pistol api ini pastinya akan dihasilkan di masa akan datang. Kalau anda beli flamethrower ini, boleh guna untuk bakar apa sahaja dengan penuh swag.