Elon Musk pada minggu ini melakar sejarah apabila berjaya mengambil alih platform Twitter dengan nilai $44 bilion (~RM208 bilion). Pengambilalihan antara platform media sosial popular dunia oleh manusia terkaya dunia ini sekaligus telah membuat orang ramai tertumpu dengan langkah yang bakal dilakukan beliau.

Berjaya membangunkan syarikat Tesla dan SpaceX serta memperkenalkan pelbagai inovasi dalam dunia automotif serta aeroangkasa, individu yang digelar ‘Tony Stark dunia sebenar’ ini nampaknya tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan dunia korporat Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Elon Musk mengumumkan pengambilalihan beliau dengan sebuah tweet jenaka ringan ‘let that sink in!’ beserta sebuah video yang melihatkan beliau membawa sinki memasuki pejabat rasmi Twitter.

Dalam pada itu, ramai yang tidak menyangka beliau berjaya melakukan beberapa perubahan drastik pada platform Twitter hanya dalam tempoh 24 jam mengambil alih. Berikut merupakan antara yang perubahan yang berlaku pada Twitter dengan impak Elon Musk.

1. Pecat CEO dan CFO Twitter serta merta

Sering kali apabila seseorang individu menyertai atau mengambil alih sesebuah syarikat, mereka akan mengambil sedikit masa sebelum bertindak untuk membuat keputusan.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan Elon Musk yang bertindak memecat CEO dan CFO Twitter sejurus selepas beliau mengambil alih platform tersebut. Mengulas mengenai tugasan CEO Twitter, difahamkan Elon Musk bakal mengambil alih tugasan tersebut buat sementara waktu.

Untuk pengetahuan, CEO Twitter, Parag Agrawal telah meraih $42 juta (~RM198.34 juta) gara-gara dipecat daripada posisi beliau oleh Elon Musk.

2. Platform kriptowang Binance berminat bekerjasama dengan Twitter

Elon Musk selaku individu yang positif tentang perkembangan kriptowang pada tahun lalu telah membeli Bitcoin pada jumlah yang besar buat syarikat Tesla yang sekaligus melihatkan harga Bitcoin melonjak sebelum jatuh semula. Selain itu, beliau juga sebelum ini aktif ‘mempromosikan’ Dogecoin.

Kehadiran Elon Musk sebagai pemilik Twitter telah membuatkan platform kriptowang popular iaitu Binance dilaporkan sedang membentuk sebuah pasukan dalam membantu meningkatkan penggunaan kriptowang bagi platform Twitter.

3. Elon Musk rancang halang sekatan seumur hidup

Jika sebelum ini Donald Trump lantang menggunakan platform Twitter dalam berkongsi idea-idea dan buah fikiran dikenakan sekatan seumur hidup, situasi yang sama mungkin tidak lagi berulang selepas ini.

Dilaporkan Elon Musk bercadang untuk memansuhkan sekatan seumur hidup pada platform tersebut seiring dengan hasrat beliau yang mahu jadikan Twitter sebagai platform untuk pengguna bebas bersuara dan meluahkan pendapat.

Hasrat Elon Musk ini telah disokong penuh oleh mantan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berpendapat Twitter kini dikemudi oleh individu yang tepat.

4. Tiada lagi shadowban dan sekatan carian

Tiada lagi sekatan carian sekaligus membuatkan platform Twitter dilihat lebih bebas dan mesra pengguna. Orang ramai berpeluang membuat carian tanpa disekat.

Selain itu, seorang pengguna melaporkan meluahkan masalah dikenakan shadowban telah mendapat perhatian Elon Musk yang sedia mengkaji isu yang berlaku sekaligus membuatkan individu ini meraih 30,000 follower dalam tempoh yang singkat.

5. Elon Musk ambil kepakaran jurutera Tesla
Sumber: NPR

Mengemudi beberapa syarikat ternama sekaligus memberi kelebihan buat Elon Musk untuk mendapat kepakaran pekerja daripada syarikat kendaliannya. Menerusi perkongsian Twitter @TechEmails, dapat dilihat Elon Musk seolah lebih berminat untuk berbincang mengenai sesebuah produk bersama jurutera berbanding berbincang mengenai pengurusan.

Gagal mencapai kata sepakat menerusi perbincangan antara dua individu ini yang dikaitkan punca Parag Agrawal dipecat daripada menjadi CEO Twitter sejurus selepas Elon Musk mengambil alih platform tersebut.

Melihat kepada keputusan drastik yang dilakukan manusia terkaya dunia ini, pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah perubahan lain yang bakal diperkenal atau diubah oleh Elon Musk.

Beliau menerusi perkongsian beliau sejurus selepas mengambil alih Twitter turut memberi jaminan mahu jadikan Twitter sebagai platform untuk pengguna bebas bersuara serta menolak dakwaan membeli Twitter bagi tujuan pengiklanan atau keuntungan semata-mata.