Sekiranya anda mengikuti perkembangan dunia matawang kripto, pastinya anda cukup tahu dengan Dogecoin. Bermula sebagai shitcoin, siapa sangka Dogecoin sudah berjaya mengumpul lebih $60 bilion sekaligus menjadi lima matawang kripto dengan jumlah market tertinggi dunia.

Terbaharu, selepas penampilan Elon Musk di Saturday Night Live yang menyebut tentang Dogecoin, beliau menerusi Twitter beliau memaklumkan bakal melancarkan satelit Doge-1 ke bulan sekaligus menjadikan kripto pertama dan meme pertama ke angkasa. Pengumuman yang dibuat nyata meningkatkan harga Dogecoin buat sementara waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, matawang Dogecoin bakal digunakan untuk menjayakan misi ini. Penerimaan Dogecoin ini secara tidak langsung memberi bayangan buat orang ramai mengenai penggunaan matawang ini.

Setakat artikel ditulis, harga Dogecoin didagangkan dengan harga serendah $0.47 sahaja di mana terdapat spekulasi memaklumkan para pelabur sudah mulai beralih kepada sebuah lagi matawang berasaskan meme iaitu Shiba Inu.

Sebelum ini, Bill Gates pernah melabelkan Bitcoin sebagai matawang yang bahaya dan mahu matawang ini diharamkan.

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan

Hampir Sebulan Melabur, Tesla Berjaya Raih Keuntungan Hampir RM4 Bilion Melalui Bitcoin