Bermula dengan projek sekadar untuk mengutip dana di Indiegogo, kini Ember berdiri megah apabila produk keluarannya mula dijual di Starbucks. Hadir dengan sebuah idea yang hebat untuk menyediakan sebuah thermos yang membolehkan suhu terus dikekalkan menggunakan bateri antara kekuatan Ember Mugs.

Namun, apakah yang membezakan Ember Mugs dengan beberapa thermos lain yang dijual di pasaran? Jawapannya terletak pada cara penyampaian Ember Mugs itu sendiri. CEO Ember mengesahkan Ember Mugs mampu mengekalkan suhu 130° Fahrenheit secara sekata selama beberapa jam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ember

animation2

Bagi membuatkan Ember Mug tampil lebih futuristik, penggunaan aplikasi smartphone telah disediakan bagi membolehkan pengguna memanaskan air apabila diperlukan. Cool!

Dalam pada itu, usaha Ember untuk memasuki pasaran Starbucks bukanlah jalan yang mudah.

Memandangkan Ember merupakan ‘budak baru’ di dalam industri, hajat untuk menembus masuk ke syarikat ‘budak besar’ atau syarikat yang lebih dikenali seperti Starbucks bukanlah sesuatu yang mudah. Beberapa ujian telah dilakukan untuk memastikan rasa kopi kekal sama pada suhu berbeza.

Dengan bantuan beberapa orang pelabur serta USP dan kualiti produk yang dihasilkan akhirnya Ember Mug berjaya menembus masuk di dalam market penjualan Stabucks.

ember_mug_on_charger

Kini, Ember Mugs boleh didapati di laman web Starbucks dan telah dijual sebanyak 4,000 unit. Hebat bukan? Bermula dengan sebuah idea kini Ember Mug telah berjaya dipasarkan melalui bantuan para pelabur. Siapa kata idea mahal tidak boleh dijual jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Ember kini di dalam proses untuk mendapatkan beberapa selebriti utama seperti Demi Lovato, Joe Jonas, DJ Kascade dan ramai lagi bagi meningkatkan pengeluaran dan marketing ‘premium mug’ ini.

ember_mug_laptop-1

Selain itu, Ember juga sedang mengusahakan untuk menyediakan sebuah mug dimana mampu disejukkan dan dipanaskan mengikut suhu yang dihendaki pengguna menggunakan smartphone. Pastinya harganya akan dijual dengan lebih mahal daripada mug $150 USD yang dijual sekarang.

Sumber