Lagu nyanyian Eminem bertajuk ‘Lose Yourself’ dari filem Mile 8 telah mengilhamkan ramai pendengar dengan lirik yang unik serta memberi motivasi. Kini, lagu dari filem yang diterbitkan pada 2002 itu menjadi inspirasi kepada terbinanya restoran pasta ini, berkat daripada ungkapan lirik ini; “His palms are sweaty, knees weak, arms are heavy / There’s vomit on his sweater already, mom’s spaghetti.”

Sebuah restoran baharu di buka bernama Mom’s Spaghetti di kampung halaman Eminem di Detroit pada Rabu lalu. Restoran itu dibina hasil kerjasama Eminem dan kumpulan restoran tempatan dan ia bermula sebagai kedai pop-up pada tahun 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mom’s Spaghetti sebelum ini telah tampil di beberapa festival muzik yang dihadiri oleh Eminem. Restoran terbabit juga bertanggungjawab dalam mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertarung menentang COVID-19 di Detroit, lapor berita antarabangsa.

Paul Rosenberg, pengurus Eminem, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sambutan dari peminat “sangat positif,” sambil menambah bahawa konsep kedai pop-up yang dilakukan sebelum ini oleh pasukan Eminem berjaya menarik perhatian peminat.

Menu restoran Mom’s Spaghetti ringkas, mereka menawarkan spaghetti dengan bebola daging atau dengan ‘bebola arnab’ vegan dan sandwic sghetti, semuanya berharga di bawah $ 15.

The Detroit Free Press melaporkan bahawa banyak peminat berkampung sepanjang hari di hadapan restoran terbabit untuk merasa menu istimewa restoran terbabit. Eminem juga membuat penampilan khas sambil menyajikan 10 peminat pertama dengan makanan dan juga swafoto.

Pertelingkahan ‘diss track’ terbaru antara Machine Gun akelly dan Eminem. Untuk membaca, klik pautan di bawah.

Pertelingkahan ‘Diss Track’ Terbaru Antara Machine Gun Kelly Dan Eminem

Anda Akan Dapat ‘Bata’ Jika Beli Set Edisi Khas Album Eminem Ini

‘KILLSHOT’ Lagu Balas Eminem Khas Buat Machine Gun Kelly