Emirates membuka pintunya kepada juruterbang Malaysia Airlines Bhd yang berminat menyertai syarikat penerbangan yang berpusat di Dubai itu.

Naib Presiden Kanan Bahagian Emirates Adnan Kazim berkata rancangan Emirates mengambil juruterbang dari syarikat penerbangan lain sudah pun berjalan.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

“Memang ada rancangan untuk mengambil juruterbang baharu, termasuk dari Malaysia Airlines, namun belum ada maklumat mengenai bilangan juruterbang Malaysia Airlines atau bila pengambilan akan dibuat,” katanya pada taklimat media.

Pada Disember lepas, Malaysia Airlines dan Emirates menandatangani perjanjian perkongsian kod, yang merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi laluan syarikat penerbangan Malaysia.

Program rasionalisasi itu menyaksikan Malaysia Airlines menamatkan beberapa laluan termasuk ke Frankfurt, Istanbul dan Brisbane. Destinasi terbaharu penamatan perkhidmatan harian ialah ke Paris dan Amsterdam, yang dijadualkan berakhir pada 1 Februari.

Malaysia Airlines akan menggantung laluan Kuala Lumpur-Dubai pada 15 Februari dan mengatur semula penumpang menggunakan perkongsian kod penerbangan dengan Emirates.

Malaysia Airlines sebelum ini melaporkan bahawa proses rasionalisasi rangkaiannya akan memberi impak kepada juruterbang, namun mereka sudah diberikan pilihan yang tidak termasuk pemberhentian kerja.

Juruterbang ini dilaporkan akan mempunyai pilihan kerjaya, termasuk dipinjamkan kepada syarikat penerbangan lain di Asia atau Timur Tengah, cuti panjang tanpa gaji secara sukarela untuk meneruskan kerjaya lain atau kekal dalam Malaysia Airlines dan menunggu kekosongan jangka panjang dengan syarikat penerbangan lain.

Anda Mungkin Suka