Emirates memperkenalkan rekaan mewah suite kelas pertama untuk Boeing 777 baru mereka yang diilhamkan daripada Mercedes Benz. Dengan keluasan 40 kaki persegi, bilik-bilik peribadi dilengkapi dengan kerusi anti graviti (inspirasi daripada NASA), tingkap maya dan noise cancelling Fon kepala E1 yang dibuat khas secara eksklusif oleh Bowes And Wikins untuk Emirates.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teropong safari, sistem hiburan yang mempunyai 2,500 saluran dan alat kawalan tanpa wayar, HD LCD TV yang dikatakan TV touchscreen terbesar di dunia dalam mana mana pesawat. Penumpang juga boleh mengawal suasana dan suhu suite tersebut secara manual mengikut mood masing masing.

Terdapat enam suite dalam Boeing 777 yang turut dilengkapi dengan pintu, langsir, tingkap servis untuk anda meminta snek. Jika penumpang malu suara mereka didengari orang lain mereka boleh juga menggunakan fungsi panggilan video yang disediakan untuk memanggil servis perkhidmatan bilik. Pelanggan yang mengambil kelas bisnes juga akan menerima perkhidmatan pemandu peribadi yang menggunakan kereta Mercedes Benz S Class.

Tonton video di atas untuk melihat dengan lebih dekat suite yang digelar sebagai hotel atas langit oleh Emirates ini.

Emirates 777 New Business Class

First-Class-fully-flat-bed

Emirates-777-first-class-09

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤