Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.

Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara one-off kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.

Kaedah pembayaran secara one off merujuk kepada peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan.

Ini bermaksud bantuan tunai yang diumumkan tadi hanya akan diterima sekali sahaja untuk setiap penerima.

“Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kita sedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan.

“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi.

Jika anda terlepas untuk mendengar pengumuman secara langsung oleh perdana menteri, berikut adalah empat pecahan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima.

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.

Pertama, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan kebawah.

2. Berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Kedua, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

3. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.

Ketiga, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah.

4. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan

Keempat, Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.

Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah 10 bilion ini, PM turut mengumumkan pelbagai inisiatif lain yang turut melibatkan badan kerajaan dan perusahaan perniagaan.

Anda boleh mengikuti Twitter rasmi PM Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini untuk membaca dengan lebih lanjut peruntukan yang telah diumumkan.

Perkembangan lanjut mengenai pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi akan dikemaskini di laman kami dari semasa ke semasa.

Anda Mungkin Suka