Berniat untuk menawarkan saluran untuk ‘menjimatkan’ wang orang ramai akhirnya menjadi tragedi kepada empat individu ini setelah disaman sebanyak RM70,000 berikutan penjualan Android TV box dan AV Sender yang tidak sah.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Berdasarkan laporan, Chen Kar Send yang merupakan pemilik Media Home Enterprise didenda RM40,000 setelah disabit kesalahan menyimpan 146 Android TV box bagi tujuan penjualan manakala pemilik MSB Technology Sdn Bhd turut menerima nasib yang sama.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan MCMC, Datuk Mohd Shafie Harun. Sumber: Malay Mail

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohd Shafie Harun berkata pihak mereka akan terus membanteras individu-individu lain yang menjalankan perniagaan yang sama disamping mengajar pengguna untuk menggunakan saluran tontonan yang betul.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Selain itu, para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan barangan yang disahkan Sirim bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.