Seorang pemandu mabuk telah menyebabkan kematian kanak-kanak Lubnan di Sydney semalam. Dua adik perempuan, seorang abang dan sepupu mereka dilaporkan terbunuh manakala tiga lagi cedera parah, lapor pihak berkuasa Australia.

Pemandu berusia 29 tahun yang tidak dinamakan itu menghadapi 20 pertuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan memandu secara mabuk di pinggir bandar Oatlands di Sydney.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kanak-kanak tersebut dilaporkan berada di bahu jalan sewaktu pacuan empat roda yang dipandu lelaki mabuk merempuh mereka.

11921706-3×2-700×467
MailOnline

Tiga kanak-kanak perempuan berusia 8 hingga 12 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi gadis dan seorang lelaki cedera parah dan dibawa ke hospital.

Bapa mangsa, Daniel Abdallah mengakui terkejut dan sedih apabila berita ini disampaikan kepadanya.

“Saya kehilangan tiga anak disebabkan kemalangan itu. Sepupu saya, Bridget juga kehilangan anak perempuannya.

“Diharap, pemandu di luar sana supaya lebih berhati-hati. Anak-anak itu tidak bersalah tetapi menjadi mangsa keadaan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Berikut adalah cerita lain mengenai kejadian pemandu mabuk. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Mahu Pemandu Mabuk Terus Berleluasa, Polis Setuju Cadang Hukuman Lebih Berat

Tular Rakaman Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Dan Seret Motosikal Undang Kemarahan Netizen

Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak

Sumber