Setiap individu pasti mengimpikan sebuah rumah terbaik untuk didiami bersama keluarga tercinta. Lagi indah jika rumah berkenaan dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dimana ia selamat dan tidak sesak.

Bangi merupakan kawasan yang kini menjadi perhatian ramai kerana lokasinya yang strategik serta hampir dengan Kuala Lumpur. Disebabkan itu permintaan untuk kediaman yang selesa dan selamat juga semakin meningkat dari masa ke semasa. Maka wujudlah Serene Heights yang merangkumi luas kira-kira 448 ekar di atas tanah pegangan bebas. Lebih menarik adalah lokasi perumahan ini yang terletak di tengah-tengah antara Bangi, Kajang dan Semenyih.

Dahlia 2 merupakan kejiranan rumah teres dua tingkat di Serene Heights yang akan dibina di lot individu yang berukuran 24′ x 70‘ dengan luas binaan daripada 2,165 hingga 2,480 kaki persegi.

Bertemakan konsep Tropikal Moden Kontemporari dengan kawasan lapang yang luas dan menghijau serta taman permainan yang ada, pastinya ini adalah hartanah terbaik yang anda boleh dapat pada ketika ini.

Mengapa kami berkata demikian? Kami senaraikan beberapa faktor menarik mengapa Dahlia 2 Serene Heights adalah kediaman terbaik yang anda boleh pilih.

1. Kemudahan Sekitar

Antara faktor utama yang anda perlu lihat ketika membeli sesebuah rumah adalah kemudahan sekitar yang ada di perumahan anda. Untuk Dahlia 2 ini, akses untuk ke pusat membeli belah seperti Bangi Gateway, Bangi Sentral, Ostia Bangi, IOI Mall dan Tesco Semenyih hanyalah dalam tempoh masa 15 minit sahaja.

Begitu juga dengan kemudahan sekolah swasta seperti Greenview Islamic School Bangi, Rafflesia International & Private Schools, Tanarata dan Tenby International School. Hospital KPJ Kajang Specialist Hospital, Hospital Kajang Serdang dan Hospital Pusrawi SMC Bangi juga berhampiran sekiranya anda ada kecemasan atau urusan yang memerlukan anda membuat lawatan ke hospital.

2. Fasiliti lengkap untuk segala keperluan anda

serene heights 1

Fasiliti lengkap di sesebuah perumahan semestinya menambah nilai pembelian anda. Di Dahlia 2 Serene Heights, pemilik rumah di sini akan mempunyai akses untuk Taman Permainan Bertema seperti Hopscotch Valley, Gasing Land, Congkak Place & Takraw Park. Anda dapat beriadah di sini tanpa perlu pergi jauh dari rumah anda. Fasiliti lain seperti dewan serbaguna, surau dan juga tadika turut ada di Dahlia 2 Serene Heights.

3. Tidak crowded dan aman tenteram

Disebabkan hanya 74 unit rumah yang ditawarkan di Dahlia 2 Serene Heights, masalah overcrowded tidak akan timbul. Kawasannya yang aman tenteram pasti beri ketenangan untuk anda menjalani kehidupan seharian. Ditambah lagi dengan pelbagai fasiliti yang disediakan, Dahlia 2 Serene Heights pastinya perumahan terbaik untuk anda sekeluarga.

4. Akses mudah ke lebuhraya utama

etika-naik-mrt-4

Majoriti penduduk di Lembah Klang pastinya bekerja di ibu kota Kuala Lumpur. Dahlia 2 Serene Heights mempunyai akses untuk beberapa lebuhraya utama seperti lebuhraya Utara Selatan, LEKAS Highway, and the SILK Highway.

Tidak mahu memandu ke Kuala Lumpur? Perumahan ini juga berdekatan dengan perkhidmatan KTM (Stesen UKM) dan MRT (Stesen Kajang).

Sudah tertarik dengan Dahlia 2 Serene Heights? Ini berita baik untuk anda. Tawaran diskaun 7% diberikan untuk Bumiputera dan rebat sehingga 17% sedang menanti anda. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) ini juga sah sehingga 31 Disember 2019. Anda yang berjaya membuat pembelian, akan diberikan langganan TM Unifi selama 2 tahun secara percuma.

Jika anda memang sedang mencari lokasi yang anda mahu panggil home sweet home, Dahlia 2 Serene Heights adalah tempatnya. Anda yang mungkin mahu membuat lawatan ke Serene Height boleh menghubungi pihak UEM Sunrise di nombor 03-2711 8008 atau lawati laman web rasmi UEM Sunrise di sini. Semoga semuanya dipermudahkan.

Ini pula beberapa lokasi makan yang anda boleh terjah sekiranya anda menetap di Bangi. Memang recommended!

Vocket Makan: Mee Kolok Dan Nasi Ayam Power Di Ammar Kong Chicken Rice, Bangi

Vocket Makan: Sotong Bakar Besar Muka Di Nasi Dulang Sungai Ramal