Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nampaknya industri automotif tempatan maju setapak lagi apabila baru-baru ini Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Perodua dan Persona Energy Sdn Bhd telah berkerjasama membuat pemindahan teknologi untuk mempromosi industri permotoran tempatan.

Ketiga-tiga pihak ini telah menandatangani perjanjian untuk mempermudahkan pemindahan teknologi ke kenderaan tempatan, serta pengembangan komponen melalui penyertaan acara FIA World Endurance Championship 2021 (WEC 2021).

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Together with Perodua and Persona Energy in partnership with Jota UK, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute…

Posted by Madani Sahari on Wednesday, April 21, 2021

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, pemindahan teknologi itu melibatkan sistem telematik, data benchmarking dan beberapa teknologi lain yang berkaitan dengan sukan permotoran.

Tambah beliau lagi, data yang diperoleh daripada perlumbaan endurance akan memberikan panduan untuk reka bentuk powertrain dan komponen kerana teknologi di belakang sensor, telemetri dan pengurusan data yang ada pada sukan permotoran lebih maju daripada kenderaan komersial.

Data yang dikumpul akan digunakan untuk pengesahan telematik, sistem pembantu pemandu dan alat berkaitan diagnostik.

vocket-empat-orang-terpilih-wec-2021-1

Sumber Gambar: Facebook Madani Sahari

Empat jurutera yang terpilih ialah Anderson Kent Robert, Luqman Othman, Muhammad Amzar Danish Chairil dan Muhammad Taufiq Mohd Zin akan ditempatkan bersama Jota Sport yang akan bertanding dalam kategori LMP2.

Mereka akan menyertai pasukan perlumbaan itu dalam lima perlumbaan musim ini di Portimao (Portugal), Monza (Itali), Le Mans (Perancis) untuk perlumbaan 24 jam, Fuji (Jepun) dan akhirnya di Bahrain untuk perlumbaan akhir musim selama lapan jam.

vocket-empat-orang-terpilih-wec-2021-2

Sumber Gambar: Facebook Facebook Madani Sahari

Persona Energy diasaskan bersama oleh pemandu Malaysia, Jazeman Jaafar yang pernah memenangi perlumbaan dalam pelbagai kategori seperti British F3 International Series, British F3 Euro Series dan Formula Renault 3.5 Series.

Jazeman juga akan bergabung dengan Jota Sport dalam kempen WEC 2021 sebagai pemandu simpanan dan pembangunan, dan juga mentor utama kepada keempat-empat jurutera perantis tersebut.

vocket-empat-orang-terpilih-wec-2021-3

Sumber Gambar: Facebook Facebook Madani Sahari

Tambah Datuk Madani lagi, pihak Perodua berbesar hati dalam menyokong usaha yang menyumbang nilai tambah baru dan peluang untuk industri automotif Malaysia.

Kerjasama yang bakal berlangsung selama lebih kurang tujuh bulan bermula pada bulan Mei ini akan memperlihatkan kita lebih banyak teknologi baru yang akan digunapakai pada kenderaan tempatan pada masa akan datang.

Pada awal minggu ini, Proton telah membuat pelaburan dengan menambah kilang baru bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produksi kereta mereka.

Proton Labur RM200 Juta Tambah Kilang Baharu Di Tanjung Malim

Sime Darby Buka Pusat Kompleks Automotif Bertaraf Dunia Terbesar Di Asia Tenggara

 

Anda Mungkin Suka