Sekiranya sejak dua dekad terakhir ini para pelanggan cuma ditawarkan dengan siaran berbayar tunggal iaitu Astro, kini melalui pengumuman terbaru Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata monopoli syarikat ini bakal dipecahkan.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri berkenaan iaitu Eddin Syazlee Shith, beliau berkata tempoh hak eksklusif dan keistimewaan yang diberikan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) untuk menyiarkan kandungan kepada orang awam melalui perkhidmatan satelit telahpun berakhir pada 28 Feb 2017. Walaubagaimanapun, pihak Astro masih berhak meneruskan aktiviti penyiaran atas dasar lesen yang dimiliki Astro yang sah sehingga 1 Feb 2020.

45474932_305236646740971_6492914322941935616_n
Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, YB Eddin Syazlee Shith

Melalui cadangan terbaru ini, difahamkan monopoli Astro ini bakal dipecahkan melalui empat syarikat yang telah dibenarkan memberi perkhidmatan penyiaran televisyen melalui platform satelit iaitu Ansa Broadcast Sdn Bhd, Jaringan Mega Sdn Bhd, Smart Digital International (M) Sdn Bhd dan High End Net Sdn Bhd.

Selain penawaran empat penyiaran berbayar ini, para pelanggan juga mempunyai lebih banyak pilihan lain melalui beberapa aplikasi penstriman lain seperti Tonton, iFlix dan Netflix. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana beberapa syarikat ini bakal bersaing dalam menambat hati pengguna.

Sumber