Siapa sahaja yang boleh lupa drama romantik Korea terkenal yang pernah ditayangkan pada suatu ketika dahulu, ‘Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo’? Drama tersebut mula ditayangkan pada tahun 2016 dan telah membuatkan ramai jatuh hati akan drama tersebut.

Walaupun drama tersebut telah ditamatkan empat tahun yang lalu, rata-rata peminat masih menantikan musim kedua bagi drama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
WhatsApp Image 2020-12-28 at 11.04.17 AM (1)
Sumber: Twitter
WhatsApp Image 2020-12-28 at 11.04.17 AM (2)
Sumber: Twitter
WhatsApp Image 2020-12-28 at 11.04.17 AM (3)
Sumber: Twitter

Perkara tersebut menjadi bualan ramai apabila siri drama ‘Scarlet Heart’ bagi versi China berjaya mengeluarkan musim kedua drama tersebut pada tahun 2014 namun ‘Scarlet Heart’ versi Korea bagi musim kedua masih tidak kelihatan bayangnya walaupun ia sudah menghampiri lima tahun.

Spoiler Alert! difahamkan di dalam versi China, kesemua watak tersebut akan bertemu kembali tetapi pada zaman moden. Namun jika dilihat pada pengakhiran drama tersebut bagi versi Korea, penonton telah dibiarkan tergantung apabila Hae Soo menjadi Go Ha-Jin di dunia abad ke-21 apabila dinasti Goryeo musnah.

Mustahil untuk musim kedua

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Kpop Map, bagi menjawab persoalan yang sering ditujukan oleh penonton, pelakon utama drama tersebut, Lee Joongi telah menjelaskan mengapa siri kedua bagi drama tersebut mustahil untuk ditayangkan.

“Peminat benar-benar mahukan musim kedua drama tersebut namun dengan barisan pelakon drama ini, perkara itu agak mustahil.

“Oleh kerana kebanyakan pelakon ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ kini telah menjadi antara bintang terkenal Korea Selatan, sukar untuk melihat mereka bersama-sama dalam musim kedua,” jelas beliau.

Apa-apa pun rata-rata peminat masih setia menanti kemunculan drama tersebut bagi musim kedua walaupun perkara itu seperti agak mustahil untuk dihasilkan.

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton drama tersebut atau ingin menontonnya kembali, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman penstriman Viu di sini.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai pelakon Park Eun Seok yang telah curi tumpuan netizen dengan bawa dua watak yang berbeza dalam drama ‘The Penthouse’. Baca pada pautan di bawah.

Park Eun Seok Curi Tumpuan Netizen Dengan Bawa Dua Watak Berbeza Dalam Drama The Penthouse

Berjaya Cipta Fenomena, Netflix Bakal Keluarkan Siri Money Heist Versi Korea Buat Para Peminat

Sumber