Penjualan Yeezy di serata seluruh dunia bukan sahaja memberi keuntungan kepada adidas, tetapi terus kepada pemilik branding tersebut, Kanye West.

Forbes semalam telah mengeluarkan artikel khas Kanye West dan mengesahkan status billionaire beliau dalam temu bulan tersebut. Forbes menganggarkan nilai kekayaan Kanye sekitar USD1.3 bilion (~RM5.67 bilion), menjadikan beliau penyanyi hip hop kedua yang mendapat status tersebut selepas Jay-Z.

Selain daripada pendapatan industri muzik, empayar jenama Yeezy beliau bersama adidas banyak membantu kepada kekayaan Kanye West. Kanye merupakan pemilik jenama Yeezy dan ketika ini kontrak untuk menghasilkan kasut Yeezy baharu adalah bersama adidas.

adidas bertanggungjawab untuk menghasilkan dan memasarkan kasut Yeezy ke seluruh dunia. Forbes berkata Kanye West menerima royalti sebanyak 15% untuk keuntungan jualan adidas Yeezy.

Selain daripada Yeezy, Kanye turut ‘buat duit’ menerusi penjualan tanah, saham dan tajaan. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2015, Yeezy 350 BOOST ‘Turtle Dove’ merupakan model pertama yang dihasilkan oleh adidas.

Setiap model Yeezy dihasilkan dalam kuantiti terhad dan taktik jualan ini dikatakan mirip cara Hermes menjual model beg tangan ikonik mereka, Birkin.

Disebabkan itu kasut Yeezy sentiasa sold out dalam masa yang pantas kerana ia mempunyai nilai eksklusif yang tidak ada pada jenama kasut lain.

Adik ipar Kanye, Kylie Jenner lebih awal diumumkan sebagai self-made bilionaire oleh Forbes hasil usaha beliau membangunkan jenama Kylie Cosmetics. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kylie Jenner Mengatasi Mark Zuckerberg Sebagai Bilionair Termuda

Jay-Z Berjaya Menjadi Artis Hip Hop Pertama Dengan Gelaran Bilionair

Awal Ashaari ‘Perang Besar’ Dengan Streetwear Busted MY Kerana Yeezy Boost 750

Sumber