Masuknya bulan Ramadan maksudnya orang ramai bakal menyambut Hari Raya kurang dari sebulan sahaja lagi. Sebut mengenai Hari Raya, pastinya pelbagai persiapan yang berada di fikiran untuk dilakukan.

Melengkapkan busana Hari Raya sekeluarga, hiasan dalaman rumah dan juga menu meraikan tetamu yang hadir sempena Hari Raya sudah menjadi rutin utama setiap tahun.

Sebut mengenai persiapan makanan dalam meraikan tetamu, kami yakin pasti ramai antara anda yang masih lagi memikirkan hidangan untuk disajikan kepada sanak saudara dan juga rakan-rakan yang hadir ke rumah sewaktu Hari Raya kelak.

Sumber: Wau Post

Hidangan yang enak dan mudah disediakan sudah pastinya menjadi keutamaan memandangkan pelbagai persiapan perlu dilakukan pada Hari Raya. Ditambah pula dengan jumlah tetamu yang ramai datang ke rumah.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah menu serta seleksi hidangan yang pastinya membuatkan para tetamu gembira dan berpuas hati serta mudah disediakan, kami mempunyai cadangan buat anda.

Apa yang boleh anda lakukan adalah mendapatkan produk daripada Kawan Food yang terdiri daripada pastri, pau, mantou dan juga lasagna. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi bersusah payah menghasilkan hidangan dalam tempoh yang panjang, sebaliknya lebih banyak seleksi menu yang versatil boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Antara hidangan yang sering menjadi pilihan para pengguna di bawah jenama Kawan Food adalah Kawan Food Paratha and KG Pastry Spring Roll Pastry. Mudah digunakan bagi menghasilkan pelbagai hidangan menjadi sebab utama produk ini diminati ramai.

Menariknya mengenai Paratha keluaran Kawan Food, Paratha yang dikeluarkan bukan sahaja rangup dan enak malah tiada sebarang perasa tambahan disertakan. Pastinya hidangan ini dapat dijamah sekeluarga tanpa mengira peringkat usia.

Malah, buat anda yang masih memikirkan hidangan ringkas untuk dijamah sewaktu sahur atau berbuka, mungkin KAWAN Malabar Roti atau KAWAN Malaysian Roti Canai yang turut ditawarkan bersama KAWAN Dhal Curry antara yang boleh dijadikan pilihan.

Bukan itu sahaja, Kawan Food turut menjadi pilihan pelbagai kaum berikutan versatiliti produk yang ditawarkan. Sebutkan sahaja, roti canai, mantou, kari dhal, Cheese Naan, capati, Cocktail Samosa dan Spring Rolls semuanya ditawarkan di bawah jenama yang sama. Serius banyak pilihan.

Mengulas mengenai hidangan di Hari Raya, Kawan Food bukan sahaja menawarkan seleksi produk dalam membantu orang ramai, malah Kawan Food turut menyediakan sebuah laman web khas untuk pengguna menyemak resipi untuk hidangan sempena Hari Raya kelak.

Sumber: Kawan food
Sumber: Kawan food

Anda juga dapat serlahkan kreativiti anda menggunakan pastri Kawan Food dalam menghasilkan menu pilihan kesukaan anda seperti croissants, banana chocolate puff, cheese pie dan pelbagai lagi. Kami yakin, pasti para tetamu yang datang kerumah akan tersenyum riang khususnya anak-anak kecil di Hari Raya kelak!

Mengulas mengenai Kawan Food, syarikat ini mulai serius membangunkan bisnes seawal tahun 1960 di mana Kawan Food bermula sebagai sebuah bisnes yang dibangunkan secara berkeluarga dengan menawarkan pastri yang dihasilkan secara homemade kepada kedai runcit tempatan.

Berjaya menawarkan hidangan yang berkualiti dan enak, perniagaan Kawan Food terus berkembang di mana kini mereka berjaya memiliki dua buah kilang yang menghasilkan hidangan frozen yang dieksport ke 37 buah negara seluruh negara. Serius hebat!

Nak tahu apa yang lebih menarik? Kawan Food mahu hadiahkan barangan memasak jenama Tefal khas buat pembeli yang membeli di Shopee dan juga Lazada.

Maksudnya anda bukan sahaja dapat memudahkan diri dalam menyajikan hidangan, malah berpeluang meraih barangan memasak Tefal yang diperakui kualitinya. Berikut merupakan 4 langkah mudah untuk anda berpeluang memenangi barangan eksklusif daripada Tefal sempena Raya ini.

1. Follow TikTok rasmi Kawan Food.

2. Like dan share perkongsian mengenai peraduan ini.

3. Berbelanja dengan jumlah minima RM30 untuk berpeluang menyertai peraduan ini menerusi laman Shopee atau Lazada.

4. Para peserta boleh mengumpul seberapa banyak pesanan dalam tempoh peraduan selagi pesanan berada di bawah satu akaun yang sama.

Pembeli terbanyak sama ada menerusi Shopee atau Lazada bakal dipilih sebagai pemenang. Peraduan yang dilangsungkan ini bakal bermula pada 23 Mac sehingga 25 April ini manakala para pemenang bakal diumumkan pada 28 April kelak.

Mudah bukan?  Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda dapatkan kelengkapan makanan sempena bulan Ramadan serta musim perayaan yang bakal tiba. Pastinya tiada lagi isu terpaksa bersengkang mata sehingga larut malam semata-mata untuk menghasilkan juadah buat para tetamu.