Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak malam Isnin lalu, lebih 6,000 pengguna jalan raya telah memenuhi sempadan Bekasi-Karawang, Indonesia untuk pulang ke kampung atau lebih dikenali sebagai ‘mudik lebaran’.

Salah seorang ‘pemudik’ yang mahu pulang berhari raya merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Carliana (41)seorang bekas Pekerja Migran Indonesia (PMI).

Beliau baru sahaja pulang semula ke Indonesia pada tahun lalu setelah hampir tujuh tahun berkerja di Taiwan. Sejak pandemik COVID-19 semakin meruncing pada tahun lalu, negara tersebut menutup kedatangan tenaga kerja asing.

Ketika Carliana ditahan dan diminta untuk patah balik di Pos Sekatan Tanjungpura, Karawang, beliau segera memberhentikan motosikalnya di hadapan penguat kuasa.

Beliau yang bertolak dari Bogor menegaskan hanya ingin pulang ke Pemalang, Jawa Tengah. Carliana mengatakan sudah bertahun-tahun beliau tidak berjumpa bersama anak di kampung halaman.

“Saya tidak mahu patah balik, lebih saya dipenjara daripada mendengar anak saya menangis,” tegas Carliana kepada penguat kuasa.

Walaupun keadaan sedikit ‘tegang’ dan ’emosional’, beliau telah diminta untuk meletakkan kenderaan ke tepi dan berunding dengan aman. Salah seorang pegawai, AKP Rizky Adi Saputro berada di situ turut menenangkan keadaan.

Carliana menerangkan kepada Rizky mengapa dia perlu pulang ke kampung, dan setelah mengikut pertimbangan dan budi bicara, akhirnya beliau dibenarkan meneruskan perjalanan secara lisan.

“Sekarang anda bergambar dengan saya sebagai bukti diizinkan meneruskan perjalanan secara lisan. Sila tunjukkan gambar ini pada petugas di pos sekatan yang seterusnya. Namun, keizinan ini hanya untuk perjalanan di wilayah Karawang sahaja,” terang Rizky kepada Carliana.

Sebelum Carliana meneruskan perjalannya, beliau menyatakan kini dia sedang berkerja di Bogor bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Nasib tidak menyebelahinya apabila kad ATM dari sebuah sebuah bank di Taiwan telah disekat dan untuk memulihkannya, Carliana perlu kembali ke negara tersebut.

“Pandemik ini benar-benar memberi kesan kepada saya,” kata beliau.

Pada lewat malam Isnin lalu, sempadan Bekasi-Karawang, Indonesia dipenuhi dengan lebih 6,000 pengguna jalan raya yang mahu ‘mudik lebaran’.

Nasihat Jangan Jadi Seperti Malaysia, Rakyat Indonesia Tenang Rempuh Sekatan Untuk Balik Raya

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

 

 

 

Anda Mungkin Suka