Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada semalam mengumumkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan senarai kawasan zon merah penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Senarai itu melibatkan enam kawasan di seluruh negara termasuk empat di sekitar Lembah Klang. Berikut adalah senarai penuh zon merah.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →
  1. Petaling Jaya (96 kes)
  2. Lembah Pantai (90 kes)
  3. Hulu Langat (75 kes)
  4. Johor Bahru (52 kes)
  5. Seremban (42 kes)
  6. Titiwangsa (40 kes)

*Maklumat adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 21 Mac.

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, 21 March 2020

Menurut Dr Noor Hisham, kawasan-kawasan ini diisytiharkan sebagai zon merah selepas mempunyai bilangan kes lebih daripada 40 kes di sesuatu kawasan.

“Daerah yang dilabelkan warna merah itu bermaksud mempunyai rekod 40 kes ke atas,

“Jadi kalau warna merah tu kita akan pastikan gunakan geolokasi dan kita akan tahu daerah-daerah di setiap negeri yang terlibat,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Tambah beliau lagi, dengan adanya senarai zon merah ini ia akan memudahkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk fokus dan melakukan langkah pencegahan awal selepas mengetahui kawasan terlibat.

Laporan sebelum ini menyatakan lebih 1 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan gara-gara penularan pandemik COVID-19 ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Berikutan Wabak COVID-19

Penularan COVID-19 Membimbangkan, Australia Tutup Sempadan 6 Bulan Mulai Semalam

Lebih 500 Disahkan Positif, KKM Gesa Ahli Jemaah Tabligh Terus Tampil Buat Pemeriksaan COVID-19

Anda Mungkin Suka