ENATA adalah syarikat yang mengkhususkan kepada research & design (R&D) produk terbaru dari sektor marin, angkasa dan architecture yang akan berada di pasaran.

ENATA baru-baru ini mencipta satu kapal konsep serba baharu untuk syarikat berkenaan. Dipanggil Foiler, menarik tentang model ini adalah apabila di lautan, ianya akan ‘terapung’ setinggi 1.5 meter dari paras air laut yang memberikan perasaan dan ilusi seperti anda sedang terbang di permukaan laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

enata 3

Tujuan rekaan kapal ini sebegini adalah untuk mengurangkan rasa bumpy ketika menyusuri ombak dan menurut ENATA, fungsi ini dapat mengurangkan mabuk laut. Foiler juga bakal menjadi sebuah kapal yang jimat minyak kerana menggunakan enjin diesel-elektrik yang dibangunkan syarikat berkenaan.

Foiler masih lagi sedang dibangunkan dan jika anda ingin membaca lebih lanjut tentang kapal ini, boleh baca di sini.