Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Endeavor Malaysia telah mengumumkan pelancaran ScaleUp Endeavor buat kali kedua – program berstruktur yang mahu membantu mengembangkan potensi sesuatu syarikat Startup dengan menjadi salah seorang Endeavor Entrepreneur.

ScaleUp Endeavor merupakan program berstruktur selama 6 + 18 bulan yang direka untuk memberi panduan kepada usahawan dalam mengembangkan bisnes mereka.

20 usahawan yang terpilih bakal menerima mentor tetap yang akan sama-sama memberi panduan menerusi beberapa siri bengkel yang akan dijalankan bagi mengatasi cabaran serta rintangan bisnes yang bakal mereka hadapi.

ScaleUp Endeavor turut akan memperkenalkan program unik baharu untuk siri kali ini, Program Road-To-Market. Road-To-Market merupakan tugasan untuk usahawan mempamerkan produk dan servis mereka kepada syarikat di bawah payung Endeavor Malaysia yang telah menawarkan diri untuk uji, ambil dan berpotensi menjadi long-term-paying customer untuk startup berkenaan.

Program ScaleUp Endeavor ini turut disokong oleh jawatankuasa khas yang melibatkan individu hebat dan ternama dari pelbagai sektor yang ada di Malaysia antaranya Board member Endeavor Lim Chern Yuan (Group CEO di Yinson), mentor Endeavor, Mac Chung Lynn (Director & Group CEO di Nando’s), Sharil Tarmizi (Senior Advisor di ASEAN Advisory) dan Endeavor Entrepreneur, Leow Wee Jonn (CEO di Photobook Worldwide).

Untuk menyertai program ini, Scaleup Endeavor mencari usahawan yang mempunyai impian besar dalam mengembangkan bisnes mereka dengan cepat.

Setiap usahawan yang layak memohon perlu mempunyai bisnes yang bertapak di Malaysia dan inovatif serta revenue US$486,027 (RM2 juta) setahun. Tidak lupa juga, usahawan berkenaan perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 20% YoY revenue growth.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, anda boleh klik di sini atau email ke [email protected]. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Jun 2021.

Ini dua jenama yang mendapat sokongan Endeavor Malaysia pada siri pertama program ScaleUp Endeavor. Baca lagi pada pautan di bawah.

HealthMetrics Dan Lapasar Lepasi Pemilihan, Bakal Terima Sokongan Endeavor Malaysia

Mahu Cipta Kelainan Dalam Pasaran, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Terciptanya Sos Cheesebomb

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Secara Rasmi Sebagai Celcom Digi Berhad

Anda Mungkin Suka