Menjadi misi Endeavor Malaysia untuk mencungkil bakal usahawan berpotensi tinggi yang mahu melihat jenama mereka menjadi lebih besar dan berkembang., Endeavor Malaysia melancarkan edisi ketiga ‘ScaleUp Program’ – program 4 bulan untuk memilih dan memberi sokongan terhadap usahawan berpotensi tinggi dalam membantu mereka berkembang dalam bidang yang diceburi.

Dalam program ini, startups akan dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Endeavor. Hanya startups yang terpilih akan memasuki program 4 bulan ini di mana mereka akan meneruskan program ini di bawah tunjuk ajar mentor berpengalaman.

Mentor mereka nanti adalah CEO berkelas dunia, usahawan berjaya dan peluang untuk bekerjasama dengan MNC peringkat global di samping mendapat pendedahan berharga daripada para mentor sepanjang program ini nanti.

Selari dengan model Endeavor dalam paying it forward untuk generasi akan datang, program ScaleUp Endeavor ini akan disokong individu berkaliber antaranya Endeavor mentors Rafiq Razali (Group Managing Director Media Prima), Tunku Alina (Pengerusi JA Russell & Co Sdn Bhd, subsidari Boh Plantations Sdn Bhd.), Joel Neoh (Founder & CEO Fave) dan Rachel Lau (Managing Partner RHL Ventures).

ScaleUp Program tahun ini disusun oleh pasukan Endeavor Malaysia berdasarkan hasil kajian dan maklumbalas daripada kohot sebelum ini, interaksi bersama usahawan Endeavor sedia ada dan bimbingan Lembaga Penasihat.

“Sebagai organisasi yang mementingkan usahawan, kami secara berterusan memantapkan program kami mengikut keperluan usahawan di Malaysia. Program tahun ini lebih unik kerana methodnya yang memfokuskan usahahawan. Ditambah lagi dengan nasihat berharga daripada lebih 40 mentor berpengalaman antaranya CapBay, HealthMetrics, TRAPO, Dropee dan Naluri daripada kohot sebelum ini.

“Kami berharap kohot kali ini akan lebih intim di samping membekalkan para usahawan dengan sesi in-depth review daripada pemain industri, membantu memacu perjalanan kerjaya mereka di samping berpotensi menjadi sebahagian daripada Endeavor’s global network,” kata Adlin Yusman, pengarah urusan Endeavor Malaysia.

Untuk program ini, Endeavor mencari usahawan yang mempunyai impian besar dan mencari peluang untuk membesarkan skala bisnes mereka dengan pantas.

Usahawan yang layak memohon untuk program ini perlu menghasilkan pendapatan US$486,000 (RM2 juta) dan peningkatan revenue growth 30% YoY. Yang berminat boleh mendaftar di sini sebelum pendaftaran tamat pada 16 September 2022.

Ini beberapa artikel lain berkaitan Endeavor Malaysia. Klik pada pautan di bawah.

Bermula Jual Bunga Dari Rumah, BloomThis Sasar Untuk Berkembang Dengan Bantuan Endeavor Malaysia

Lumos Lepasi Pemilihan Endeavor Malaysia Untuk Lebar Sayap Ke Peringkat Antarabangsa

HealthMetrics Dan Lapasar Lepasi Pemilihan, Bakal Terima Sokongan Endeavor Malaysia