Gerakan keusahawanan berimpak tinggi global, Endeavor Malaysia telah mengumumkan pelantikan Loi Tuan Ee, Pengasas dan Pengarah Urusan jenama tenusu terkemuka Malaysia The Holstein Milk Company, dan jenama subsidiarinya Farm Fresh, sebagai penambahan baharu dalam Lembaga Pengarahnya.

Dengan minatnya dalam bidang pertanian, petani dan usahawan Loi Tuan Ee berjaya membina dan mengembangkan tenusu ladang, seterusnya menjadikan Farm Fresh peneraju pasaran dalam produk tenusu semula jadi dan segar di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebagai Pengarah Urusan, Loi telah mengembangkan Farm Fresh menjadi syarikat IPO bernilai RM1 bilion yang berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia, menandakan IPO terbesar Malaysia sejak Jun 2021. Mengumumkan pelantikannya, Pengerusi Lembaga Pengarah Endeavour Malaysia, Brahmal Vasudevan berkata, “Loi dan pasukannya di Farm Fresh telah membina empayar susu segarnya di Malaysia dan dan mempunyai pelan transformasi untuk industri tersebut. Pengalaman keusahawanannya yang luas, termasuk membawa syarikat daripada penubuhan kepada IPO dan berkembang ke pasaran CPG dan F&B akan menambah kelebihan unik kepada Endeavor.

“Untuk mencipta impak bermakna dalam ekosistem, Endeavor perlu bersedia untuk menyediakan mentor yang bertaraf dunia untuk membantu usahawan-usahawan ini membesar dalam industri masing-masing. Kami berasa berbesar hati untuk mempunyai lebih banyak usahawan impak tinggi seperti Loi, Eric dan Fadza yang pernah menjadi Usahawan Endeavor untuk menggandakan impak mereka dan menginspirasi yang lain untuk berkembang dalam usaha keusahawanan mereka,” kata Brahmal.

Pengerusi Lembaga Pengarah Endeavour Malaysia, Brahmal Vasudevan

Loi menyertai Brahmal Vasudevan (Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Creador), Afzal Abdul Rahim (Ketua Komander
TIME dotCom), Mark Chang (CEO & Pengasas Bersama JcbNext), Lim Chern Yuan (CEO Kumpulan Yinson), Fadzarudin Anuar (CEO & Pengasas Bersama Kumpulan FashionValet), Thomas G. Tsao (Pengerusi & Pengasas Rakan Kongsi Gobi Partners) dan Eric Cheng (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama Carsome) dalam Lembaga Pengarah Endeavor Malaysia.

Loi dipilih sebagai Usahawan Endeavour pada 2016 di Panel Pemilihan Antarabangsa Endeavour ke-65 di Bali. Apabila menyertai lembaga pengarah, Loi mengulas, “Saya berbesar hati untuk menyertai seluruh Ahli Lembaga Endeavour dan menyumbang kepada misi Endeavour untuk menyokong keusahawan berimpak tinggi secara global.

“Ketika saya membina Farm Fresh, walaupun pada usia 40 tahun, masih banyak untuk saya pelajari. Apa yang dijangkakan sebagai perjalanan yang sepi, Endeavor menukarnya dan telah membuka jaringan mentor, rakan sebaya dan rakan kongsi yang membantu Farm Fresh menjadi jenama dikenali hari ini.”

Farm Fresh baru-baru ini telah mengumumkan perolehan saham bernilai RM83.9 juta bagi rangkaian aiskrim premium tempatan terbesar di negara, Inside Scoop, dan turut melebarkan bisnesnya ke dalam industri makanan dan minuman (F&B) menerusi jenamanya, Jom Cha.

Keahlian Loi dalam keusahawanan dan kepimpinan perniagaan akan menjadi sangat berharga bagi Endeavor dalam menyokong dan membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh tahun ini, terutama dengan situasi ekonomi yang sangat tidak menentu di peringkat tempatan dan global.

Dengan sokongan lebih daripada 70 mentor, Endeavor Malaysia kini menyokong 78 syarikat melalui dua trek berbeza: Trek Pengusaha Endeavor dan Trek ScaleUp Endeavor.