Endeavor Malaysia telah memilih 8 syarikat untuk edisi kedua program ScaleUp Endeavor, program 24 bulan yang bakal memfokuskan pertumbuhan syarikat dengan potensi tinggi yang mahu menjadi Endeavor Entrepreneur.

Program 24 bulan yang direka khas bakal membawa 8 syarikat ini ke peringkat seterusnya dalam melalui cabaran untuk mengembangkan bisnes yang mereka sedang jalani. Kesemua 8 syarikat telah melalui proses pemilihan yang teliti sebelum dipilih menjadi Endeavor Entrepreneur. 3 kriteria utama dilihat oleh para panel Endeavor Malaysia: Entrepreneur, Business dan Timing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Endeavor memainkan peranan untuk membekalkan program mentor kepada syarikat ini. Tidak semua akan lulus dalam proses pemilihan. Syarikat yang hadir ketika proses Selection Day memperlihatkan mereka berada di landasan yang betul. Tahnia kepada mereka yang terpilih!” kata Wee Jonn Leow, CEO Photobook Worldwide, salah seorang ahli ScaleUp Steering Committee.

Ini adalah senarai 8 syarikat yang melepasi pemilihan ScaleUp Endeavor.

1. Naluri

https://www.instagram.com/p/CRlX98jpNcV/

Sistem kesihatan digital dengan bantuan AI untuk memperbaiki kesihatan mental dan fizikal dengan kadar yang berpatutuan.

2. Beligas

Membantu ribuan rakyat Malaysia menempah dan membeli gas memasak dengan pantas dan dihantar terus ke depan rumah anda.

3. BoomGrow


Ladang vertikal 5G yang menghasilkan 100% hasil yang bersih dan berkhasiat.

4. Pasta Panas

Hasilkan menu makanan klasik Itali yang lazat tetapi pada harga yang sangat berpatutan. Anda boleh mencubanya sekarang!

5. Vircle

Parental-Controlled Nurturing Solution pertama di Malaysia.

6. DoctorOnCall

Telehealth yang berpengkalan di Malaysia yang menawarkan servis perundingan doktor atau pakar kesihatan secara digital dan penjualan ubat-ubatan.

7. Bloomthis

Startup yang menyajikan bunga-bungaan serta hadiah yang cantik secara dalam talian.

8. Good2U

Butik yang menawarkan pakaian pereka terkemuka pada harga yang sangat berpatutan.

Sebagai sebahagian program ScaleUp Endeavor, semua syarikat yang terpilih akan menerima bantuan menarik berbentuk ad-hoc mentorship, sesi secara bersemuka (Blitzscaling Circles), Road-To Market dan account manager khas untuk memantau keperluan para usahawan. Selamat berjaya!

Ini beberapa artikel lain berkaitan Endeavor Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lumos Lepasi Pemilihan Endeavor Malaysia Untuk Lebar Sayap Ke Peringkat Antarabangsa

Endeavor Malaysia Lancar ScaleUp Endeavor Kedua Untuk Bantu ‘Startup’ Berpotensi Tinggi