Bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya Energizer semakin hampir untuk mengeluarkan rangkaian telefon pintar keluarannya pada MWC 2019 ini apabila bakal mengeluarkan sejumlah 26 model.

Model yang paling hype dan paling menarik perhatian ramai sudah tentu Energizer Power Max P18K Pop dimana model ini bakal menjadi telefon pintar dengan kapasiti bateri terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak 18,000 mAh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Energizer (1)

Dari segi spesifikasi, Energizer Power Max P18K Pop dilengkapkan dengan skrin 6.2-inci FHD+, processor MediaTek P70, 6GB RAM serta ruang storan dengan kapasiti 128GB.

Mengulas mengenai kapasiti yang besar, difahamkan model ini turut menyokong pengecasan pantas dimana masa pengecasan untuk memenuhkan bateri yang besar ini dapat disingkatkan. Para pengguna turut berpeluang membuat panggilan telefon selama 90 jam atau mendengar muzik selama 100 jam sebelum kehabisan bateri. Ketahanan bateri bagi model ini pula dijangkakan mampu bertahan sehingga 50 hari.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana telefon pintar dengan bateri yang besar ini dapat memudahkan dan memberi keselesaan buat pengguna berdasarkan saiznya yang dijangkakan sedikit tebal. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Energizer di MWC yang bakal berlangsung pada penghujung bulan ini.

Sumber