Energizer sememangnya terkenal dengan penawaran bateri sel kering yang berkualiti tinggi. Kini selepas 80 tahun menghasilkan bateri, syarikat ini telah melebarkan rangkaian produk mereka kepada bateri kereta.

Melalui rangkaian bateri kereta yang dikeluarkan, sebanyak lima model telah diumumkan iaitu Energizer®, Energizer® Plus, Energizer® Premium, Energizer® AGM dan Energizer® Premium EFB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1650633611

Mengulas mengenai kelewatan membangunkan bateri kereta, syarikat ini berpendapat mereka kini sudah bersedia dan mahu memberikan yang terbaik setelah menggunakan 80 tahun pengalaman menghasilkan bateri sebelum memperkenalkan bateri kereta.

Dengan pelancaran rasmi daripada Energizer Malaysia, bateri ini akan bakal mula ditawarkan di rangkaian bengkel kereta secara berperingkat khusus buat para pengguna.