Ketika ini, program vaksinasi sedang giat dijalankan bagi mencapai ‘herd immunity’ dan pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada mereka yang lengkap 2 dos vaksin.

Menurut laporan, seramai 779 guru di Johor dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 dan sesi kaunseling sedang dijalankan untuk memujuk mereka.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Madzlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi penerangan tentang kebaikan vaksin agar golongan guru tersebut bersedia untuk menerima suntikan.

Malah, Madzlan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa juga memberitahu bahawa JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.

Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 guru di Johor sudah menerima dos pertama. Berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan bahawa sesi pembukaan sekolah secara berperingkat akan dilaksanakan bermula pada 3 Oktober. Jika terdapat sebarang perubahan selepas hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), makluman akan dimaklumkan lebih awal.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan vaksinasi di Malaysia pada pautan di bawah ini.

Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV

Anda Mungkin Suka