Pekerja kilang elektronik di Lembah Klang telah ditahan oleh pihak polis gara-gara menganjurkan parti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail.

Difahamkan, 71 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa dengan 26 wanita turut dibawa ke balai polis Dang Wangi. Manakala 23 orang pula didapati positif dadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Serbuan yang dilakukan pada jam 3 pagi tersebut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut menahan 4 lelaki dipercayai warga tempatan.

Hasil daripada saringan awal oleh pihak polis, mereka yang positif dadah dipercayai mengambil dadah jenis Amphetamine, Methamphetamin, Ganja dan Ketamin.

Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8)(Pindaan)(No.4) 2020.

Penahanan ini turut mendapat reaksi balas oleh netizen selepas diciap oleh wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap.

Kebanyakan daripada mereka tertanya-tanya bagaimana 71 orang boleh muat dalam satu ruang yang sangat kecil.

https://twitter.com/iilwyxnyk_/status/1340841185498124291

Terdahulu, tiga orang dilaporkan maut selepas berenang dalam kolam ‘dry ice’ semasa parti ulang tahun Instafamous. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tiga Maut Selepas Berenang Dalam Kolam ‘Dry Ice’ Semasa Parti Ulang Tahun Instafamous