Gamelan merupakan salah satu muzik tradisional yang berasal daripada negara serumpun Indonesia dan ianya tidak asing lagi dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman. Selain diperdengar dalam majlis keramaian, gamelan juga merupakan alat muzik penting dalam acara-acara yang melibatkan urusan Istana Raja-raja Melayu.

Kemodenan yang melanda negara kita akhir-akhir ini seakan-akan melupakan seni tradisional yang tidak lagi menjadi pilihan ramai anak muda yang lebih sukakan muzik moden. Tetapi sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah membuktikan bahawa muzik tradisional Gamelan juga sangat menarik untuk ditonton melalui video dibawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda semua, UTP juga akan menganjurkan satu acara “Ensemble of Gamelan” pada hari Sabtu, 28 Mac ini bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Acara ini akan menampilkan beberapa kumpulan gamelan daripada pelbagai universiti seperti UKM dan UIA serta beberapa organisasi lain.

Pihak penganjur berbesar hati untuk menjumput semua rakyat Malaysia untuk hadir dan menikmati sendiri keasyikan seni muzik tradisional tanah air dalam acara yang akan diadakan ini. Kemasukan adalah percuma.

Ensemble of Gamelan

Disebabkan kemasukan adalah percuma, kami amat galakkan anda untuk bawa bersama ahli keluarga untuk menyaksikan acara yang jarang-jarang dapat dilihat di tempat lain ini. Ianya juga pasti menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna bagi anda.

Like kami di Facebook The Vocket