Bukit Tunku cukup dikenali sebagai salah sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di Kuala Lumpur. Kawasan tersebut didakwa merupakan salah satu tempat seram pilihan ghosthunter mencari entiti ghaib di lokasi itu.

Baru-baru ini ada pengguna TikTok memuat naik semula rakaman video dashcam yang pernah tular pada tahun 2017 lalu di mana sebuah kenderaan terserempak dengan satu entiti yang sedang duduk di tengah-tengah jalan di satu kawasan sekitar kawasan Bukit Tunku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@sallreyym

Share pengalamn kamu ruangan komen yg pernah melalui Jalan Bukit Tungku 😬😰 #fypシ #jalanbukittungku #creepy

♬ original sound – Reyynaa – Reyynaa

Semasa kejadian tersebut berlaku, jam baru sahaja menunjukkan pukul 9.30 malam. Sejurus ternampak entiti tersebut, pemandu dan rakannya mengambil keputusan untuk mengundurkan kenderaan lalu memilih laluan yang lain.

Orait, lampu traction saya tiba-tiba menyala, ini petanda tidak baik,” kata pemandu kereta tersebut.

“Mungkinkah itu roh yang pernah bunuh diri sebelum ini?” kata rakannya di sebelah.

Walaupun video yang dimuat naik semula sudah empat tahun lamanya, namun orang ramai masih bercakap-cakap mengenai pengalaman ngeri mereka semasa berada di sekitar kawasan Bukit Tunku itu.

Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77
Sumber Gambar: TikTok @sallreyym77

Setelah menyelusuri ruangan komen daripada ratusan komen yang dikongsikan oleh orang ramai, nampaknya memang wujud pelbagai jenis ‘gangguan’ yang mengganggu sesetengah pengguna laluan di Bukit Tunku itu.

Video tersebut turut mendapat liputan portal luar negara Dailymail.co.uk, menurut Aswan Yap apabila beliau memeriksa log kerosakkan kereta tersebut, ia menyatakan kereta tersebut rosak akibat ‘kemalangan’.

Sehingga kini entiti tersebut terus kekal menjadi misteri. Adakah ianya memang makhluk ghaib, ataupun hanyalah orang kurang siuman yang cuma mahu ‘menyakat’ orang lalu-lalang di jalan Bukit Tunku tersebut?

Anda boleh tonton rakaman penuh kejadian empat tahun lalu melalui video di bawah ini dan tentukan apakah ‘benda’ yang sedang duduk di tengah-tangah jalan tersebut.

Beberapa pekerja terkejut apabila melihat ada ‘entiti lain’ yang turut bersama mereka semasa sedang bertugas pada pukul 3 pagi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Netizen Kembali Persoalkan Kesahihan Video Ini

Gadis Ini Terkejut Dengar Rakaman Suara Misteri Selepas Pulang ‘Hiking’ Di Tanjung Tuan

Sumber