Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Edaran Otomobil Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai EON adalah salah satu konglomerat terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1984 untuk mengedarkan kereta pertama tempatan, Proton.

Semalam pihak EON telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan myTukar, sebuah platform online yang menjual kereta terpakai sebagai rakan niaga automobilnya.

Melalui kerjasama tersebut, myTukar akan memudahkan proses pembelian kereta terpakai untuk pelanggan EON melalui pemeriksaan kenderaan yang dibuat berdasarkan permintaan untuk pelanggannya.

KL49_230419_PROTON_BN201904237614

Sumber Gambar: Berita Harian

“Kami gembira dapat berjumpa rakan niaga yang berfikiran sama di myTukar. Kami percaya platform inovatif myTukar akan membantu meningkatkan penjualan kenderaan baru di seluruh cawangan kami dan yang lebih penting lagi, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

“Ini akan mendorong kita untuk mencipta lebih banyak nilai untuk pelanggan kita,” kata Pengarah Urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Menurut beliau, kerjasama itu dapat memberikan potensi dan peluang luar biasa kepada kedua-dua pihak.

vocket-eon-proton-mytukar-1

Sumber Gambar: New Straits Times

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Fong Hon Sum percaya bahawa platform ini akan mendapat manfaat daripada rangkaian pengedar EON, sambil memberi peluang kepada EON untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

“myTukar merasa terhormat untuk memulakan perjalanan kerjasama ini dengan salah satu konglomerat Malaysia yang paling komprehensif dalam perniagaan automotif.

“Kerjasama ini dapat meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh rangkaian EON kerana mereka kini menjadi pusat penyelesaian sehenti secara efektif,” kata Fong Hon Sum.

Untuk pengetahuan semua, myTukar merupakan platform online kereta terpakai di Malaysia yang pertama dianugerahkan Pensijilan ISO 9001: 2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti.

EON merupakan anak syarikat DRB-Hicom Bhd, mengendalikan pengedar untuk beberapa jenama iaitu Proton, Mitsubishi, Audi dan Volkswagen masing-masing melalui EON, EON Automart, Euromobil dan Hicom Auto. Sehingga kini, rangkaian EON mempunyai 20 cawangan di seluruh negara.

Pada awal minggu ini, Proton telah mengeluarkan laporan prestasi jualan bulan Februari lalu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah. 

Proton Kuasai 27.1% Pasaran Kereta Bulan Lalu, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

Proton Lancar 4 Model Edisi Terhad, Harga Bermula RM42,300

Anda Mungkin Suka