Secara tiba-tiba, terdapat banyak ‘epal misteri’ yang muncul di sekitar Kuala Lumpur yang memerlukan anda menangkapnya! Tangkap, kemudian scan epal-epal ini dan anda akan diberi hadiah awesome jika berbuat demikian!

Jom sertai The Apple Hunt ini supaya anda dapat menang pelbagai hadiah menarik setiap hari. Apa yang anda perlu buat hanyalah scan QR code yang terdapat pada epal yang ‘berterabur’ di serata Malaysia menggunakan smartphone anda.

Image-vocket copy

Bila sudah scan, apa yang anda akan dapat? Antara yang menarik semestinya mata AirAsia BIG Points, kod diskaun untuk membeli buah-buahan atau snek di Jaya Grocer, voucher wang untuk pembelian produk kecantikan di Guardian, khidmat ‘personal trainer‘ selama 30 minit di Fitness First, kredit makan RM25 di dahmakan dan voucher RM10 di Boost Juice. Owh, tidak lupa juga tiket percuma untuk tonton wayang di TGV Cinemas!

Epal-epal ini boleh didapati di mana-mana cawangan TGV Cinemas, Fitness First, Boost Juice, Jaya Grocer, Guardian atau aplikasi dahmakan. Selepas itu, anda hanya perlu menangkap kod QR pada epal ini dan tak perlu buat pembelian pun untuk menang hadiah menarik di atas!

QR- Vocket copy

Anda berpeluang untuk menang kerana 250 pemenang bertuah akan dipilih setiap hari untuk memenangi voucher dan pelbagai lagi hadiah menarik di atas. Jadi anda kena cepat cari dan scan epal ini setiap hari okay?

Patutlah ramai yang sedang cari epal ini. Banyak benda best boleh dapat bila jumpa epal ini. Apa lagi, ajak rakan untuk sama-sama tangkap epal ini. Jom!