Pembuat permainan video indie, Mike Bithell telah berkongsikan serba sedikit rupa permainan video untuk ‘John Wick Hex’ yang pada ketika ini sedang dalam pembikinan.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk pelbagai konsol dan juga untuk komputer dan akan diedarkan oleh Epic Games. Buat anda yang menggemari permainan video aksi seperti Metal Gear Solid, anda pasti menyukai permainan video John Wick Hex ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat Keanu Reeves akan terus menjadi John Wick dalam filem ini dan gerakan trademark beliau di dalam filem turut akan ditiru dalam John Wick Hex. Pemain perlu membuat keputusan pantas ketika bertemu musuh dan mempertimbangkan setiap perbuatan mereka. Jika tersalah langkah, anda akan menerima kesannya.

Menurut wakil dari Bithell Games, setiap gerakan dalam John Wick Hex seperti anda berada dalam filem dan untuk anda menyelesaikan setiap tugasan, anda memerlukan strategi yang betul. Tiada tarikh bila permainan video ini akan dilancarkan tetapi ianya pasti selepas filem John Wick: Parabellum.