Nike hadir inovasi serba baharu dalam menghasilkan model terbaru untuk jenama itu. Nike Epic React FlyKnit akan memberikan keselesaan yang lebih dengan teknologi form react cushioning serba baharu.

Teknologi ini telah diuji dengan hebat sekali. Kasut ini telah diuji lebih 27,000km oleh Nike. Ianya lebih ringan, lembut dan menawarkan ‘energy return’ yang lebih baik berbanding model Lunar Epic 2. Yang pasti, Nike telah memastikan kasut ini menjadi antara yang paling ringan yang pernah mereka hasilkan.

Dua warna akan ditawarkan dan Nike Epic React Flyknit ini akan berada di pasaran bermula 22 Februari depan. Adakah ini teknologi Nike untuk berhadapan dengan teknologi BOOST dari adidas?

nike-epic-react-flyknit-1

nike-epic-react-flyknit-2

nike-epic-react-flyknit-3

nike-epic-react-flyknit-4