Semalam, Syahmi Sazli memuat naik di YouTube episod terbaru untuk siri hit terbitan beliau, Drama Spontan. Seperti biasa, video berkenaan menerima tontonan yang hebat daripada peminatnya dan sudah menerima lebih satu juta tontonan dalam masa satu hari sahaja.

Episod kali ini lebih menghiburkan dan dilihat turut menyentuh kes ‘doktor berbaju batik’ yang tular minggu lalu. Asif yang membawa watak doktor dalam episod kali ini turut kemas berbaju batik.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Rata-rata peminat Asif memuji Syahmi yang sentiasa peka dengan isu semasa. Bukan itu sahaja, di penghujung episod Drama Spontan ini turut diselitkan nasihat untuk dijadikan pedoman buat kita semua.

Tahniah Syahmi untuk satu lagi episod yang berjaya menghiburkan rakyat Malaysia. Tidak lama lagi, drama bersiri arahan Syahmi, Mael Totey dan telefilem Drama Spontan X mungkin akan ditayangkan di kaca TV pula. Namun, bila dua siri ini akan mula menjalankan penggambaran masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

Buat anda yang terlepas isu doktor berbaju batik sebelum ini, boleh baca artikel di bawah.

Suami Tampil Beri Penjelasan Isu Video Belasah Doktor Di Klinik

Asif Mungkin Tidak Lagi Muncul Dalam ‘Drama Spontan’?

Anda Mungkin Suka