Semalam, Syahmi Sazli memuat naik di YouTube episod terbaru untuk siri hit terbitan beliau, Drama Spontan. Seperti biasa, video berkenaan menerima tontonan yang hebat daripada peminatnya dan sudah menerima lebih satu juta tontonan dalam masa satu hari sahaja.
Episod kali ini lebih menghiburkan dan dilihat turut menyentuh kes ‘doktor berbaju batik’ yang tular minggu lalu. Asif yang membawa watak doktor dalam episod kali ini turut kemas berbaju batik.
Rata-rata peminat Asif memuji Syahmi yang sentiasa peka dengan isu semasa. Bukan itu sahaja, di penghujung episod Drama Spontan ini turut diselitkan nasihat untuk dijadikan pedoman buat kita semua.
Bagos syahmi sazli ada share hadis ni dlm video dia “Bukan dalam golongan kami (umat Nabi Muhammad) orang yang merosakkan ikatan seseorang isteri dengan suaminya.” (hr Abu Daud: 2175 juga dinilai sahih oleh As-Syaikh Al-Albani dalam "Sahih Wa Dho’if Sunan Abi Daud”)
— Azam (@azamJasni) October 13, 2019
Tahniah Syahmi untuk satu lagi episod yang berjaya menghiburkan rakyat Malaysia. Tidak lama lagi, drama bersiri arahan Syahmi, Mael Totey dan telefilem Drama Spontan X mungkin akan ditayangkan di kaca TV pula. Namun, bila dua siri ini akan mula menjalankan penggambaran masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan.
Buat anda yang terlepas isu doktor berbaju batik sebelum ini, boleh baca artikel di bawah.
Suami Tampil Beri Penjelasan Isu Video Belasah Doktor Di Klinik