Salam 2017 semua! Jika anda masih tercari-cari telefon pintar dengan camera yang canggih dan awesome, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mendapatkan kamera Huawei P9. Huawei P9 adalah salah satu model telefon paling laris tahun lalu dan kekuatannya semestinya camera dual-lens Leica yang dapat menghasilkan gambar yang awesome.

Epulism adalah pengguna Huawei P9 dan aktiviti di masa lapang adalah merakam gambar-gambar patung aksi dalam koleksi beliau. Menurut Epulism, sebelum ini untuk mendapatkan shot yang beliau inginkan, beliau perlu membawa kamera DSLR ke mana-mana sahaja. Sekarang tidak lagi kerana dual-lens P9 sudah cukup untuk menghasilkan gambar yang beliau inginkan.

Koleksi patung figura beliau juga dari bermacam-macam jenama dari Hasbro,Neca, Black Series dan Mafex. Dan menariknya, gambar-gambar ini semuanya hanya menggunakan Huawei P9 dan diedit menggunakan P9 sahaja. Tiada editing di komputer sebab gambar yang dihasilkan dual-lens Lecia ini sudah cukup untuk hasilkan gambar dengan depth of field dan bokeh yang menawan!

Ini bukan iklan Huawei P9 cuma ingin memberitahu anda kemampuan sebenar kamera Huawei P9 ini. Dengan harganya yang separuh dari harga iPhone 7 Plus, ini adalah pilihan terbaik untuk smart phone dengan kamera yang berkualiti tinggi.

Owh, Epulism bukanlah orang dari negara luar. Beliau hanyalah pemuda kacak yang tinggal di Seremban. Power! Anda boleh follow beliau di sini. Dan gambar-gambar beliau menggunakan Huawei bermula dari gambar ‘No Photo’ sehingga yang terbaru. Anda boleh buat perbezaan dengan gambar-gambar rakaman beliau sebelum menggunakan P9 di sana. Selamat meninjau!